{VIDEO} Lima beradik berpelukan menangis ketika kebumi ibu meruntun hati orang ramai

Lima beradik berpelukan menangis ketika kebumi ibu meruntun hati orang ramai.

Tangisan lima beranak yang menangisi pemergian arwah ibunya mendapat simpati orang ramai apabila video mereka berpelukan tular di laman TikTok.

Ia mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berkata, pihaknya akan sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarga Allahyarhamah Norizan Jantan yang ditemui selepas tiga hari meninggal dunia bersendirian di bilik sewanya.

“Berita mengenai kematian Allahyarham telah disalurkan kepada LZS oleh penaung kehormat unit khas van jenazah. Kami dapati, Allahyarham merupakan seorang penerima zakat daripada LZS semasa hidupnya.

“Arwah juga merupakan seorang ibu kepada lima orang anak yang masih bersekolah. Tangisan anak-anaknya meruntun jiwa kami saat mereka melihat arwah ibu dikuburkan di hadapan mereka.

Tambah LZS, Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat, Klang, petang semalam.

“Alhamdulillah, selama ini, bantuan zakat tidak pernah culas diagihkan kepada keluarga Allahyarhamah. Insya-Allah, bantuan bulanan mereka akan tetap diteruskan kepada anak-anaknya dan akan ditambah jika tidak mencukupi,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

“Terima kasih kepada semua yang sudi membantu keluarga tersebut. Sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya dalam hantaran sama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*