{VIDEO} Dua wanita melambung dirempuh pacuan 4 roda langgar lampu isyarat

Dua wanita melambung dirempuh pacuan 4 roda langgar lampu isyarat.

Dua wanita yang menaiki motosikal melambung selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang melanggar lampu merah di persimpangan dekat hadapan Balai Polis Ketereh, di Kota Bharu, Kelantan.

Video mengenai insiden yang dipercayai berlaku pada Ahad itu turut tular di sosial media.

Berdasarkan klip berdurasi 23 saat yang diambil daripada kamera papan pemuka kenderaan di lokasi, motosikal yang dinaiki seorang penunggang dan pembonceng itu pada awalnya dilihat berhenti di persimpangan berkenaan.

Sebaik lampu trafik bagi laluan tersebut bertukar hijau, motosikal dinaiki mangsa dilihat terus bergerak keluar dari simpang untuk memasuki jalan utama.

Bagaimanapun, sebuah kenderaan trak pikap 4×4 berwarna hitam dari arah kanan simpang laluan utama berkenaan dilihat meluru laju dan merempuh kedua-dua penunggang dan pembonceng tersebut sehingga menyebabkan mereka terpelanting jatuh.

Status dua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan sementara pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*