{VIDEO} Laju laju nak ke mana? – Pecut laju di kawasan cerun, Proton Satria berasap lepas sodok belakang lori

SEORANG pemandu kereta dikecam selepas bertindak memecut di kawasan berhampiran persekolahan dan kawasan cerun dalam kejadian di Jalan Labu, Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin.

Lebih mengundang kemarahan, pemandu kereta jenis Proton Satria itu sama sekali tidak mempedulikan transverse rumble strips (TRS) di jalan berkenaan sebagai tanda amaran untuk memperlahankan kenderaan.

Tindakannya memandu dalam keadaan bahaya mengundang padah apabila dia gagal mengelak dan merempuh pula sebuah lori yang sedang memasuki lorong di kawasan berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan bumper mivec kereta Satria itu tercabut dan mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan kepulan asap.

Turut dilihat pemandu dan penumpang kenderaan terbabit berada dalam keadaan panik dan bergegas keluar dari kenderaan bagi mendapatkan bantuan.

Namun, kenderaan sekitar yang melalui kawasan itu sama sekali tidak mengendahkan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kecewa dengan sikap pemandu yang tidak berhemah itu.

“Ramai pemandu bodoh di jalan ini. Kerajaan dah sediakan jalan bawa ikut keadaan sudahlah. Bila kemalangan susah kepada orang lain,” tulis Arell Noah.

“Laju laju nak ke mana? Ohh ya. Ke bengkel repair kereta rupanya,” tulis Chitot Wcp.

“Padan muka, menyusahkan orang lain. Kalau tau siapa driver Satria tu update sini. Kalau ada motor atau kereta lain kat situ buat aniaya orang sahaja. Driver macam ini tak patut ada atas jalan,” tulis Muaaz Rahim.

“TRS ada situ pun nak laju,” tulis Siva Shiva.

“Banyak jenis macam ini kat jalan. Suka bawa kereta laju-laju dan membuat aksi berbahaya nak tunjuk kehebatan dia tanpa faham keadaan kereta sendiri dan keadaan jalan dan menyusahkan orang.

“Nasib baik kali ini hanya kereta rosak, tiada maut, bukan setiap kali nasib macam ini.. harap semua orang sedar, jalan raya bukan tempat bawa laju dan tunjuk skil bawa kereta, jangan pentingkan diri sendiri,” tulis D’Prince Yeo.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*