{VIDEO} KPDN patah cubaan seludup 3 tan minyak masak di Kelantan

Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat di sempadan negara sekitar Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan.

Semasa serbuan dilokasi berbeza dua buah rumah disyaki dijadikan transit simpanan sementara sebelum membawa anggaran muatan minyak masak bersubsidi.

Lokasi kejadian pertama di Kg. Jenerih Tujuh, Pasir Mas, Kelantan sekitar jam 4.30 petang kelmarin pada Ahad telah menyita anggaran 2992 kilogram minyak masak bersubsidi dan 480 kilogram gula pasir ditemui.

Lokasi serbuan kedua di Kg. Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan sekitar jam 5.30 petang kelmarin pada Ahad telah menyita anggaran 150 liter minyak petrol ditemui.

Terdahulu maklumat pasukan risikan menyatakan rumah tersebut dijadikan transit simpanan sementara barang kawalan, disyaki akan dibawa ke pengkalan haram untuk diselewengkan.

Kesemua barang kawalan dijumpai pekarangan garaj kenderaan terbuka yang dilitupi plastik hitam berhampiran rumah berkenaan disita bersama dua buah kenderaan Proton Saga Aeroback dan lori Mitsubishi Canter berpendaftaran tempatan.

Walaubagaimanapun tiada saspek dikesan lokasi kejadian tersebut, seterusnya kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*