{VIDEO} Kantoi bawa plastik hitam, lelaki lari tak cukup tanah diserbu pihak penguat kuasa

Bila tiba sahaja bulan Ramadan, mesti kita akan acap kali dengar tentang ‘geng plastik hitam’

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki lari tak cukup tanah keluar dari sebuah restoran ketika diserbu pihak penguat kuasa apabila kantoi membawa plastik hitam.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila lelaki itu berlari dalam keadaan masih memakai topi keledar dan meninggalkan motosikalnya di restoran itu.

Bukan lakonan semata tetapi realiti

Selepas itu, pihak penguat kuasa masuk ke dalam restoran itu untuk menyambung operasi mereka.

Turut kelihatan bahawa penguat kuasa itu menasihati pekerja restoran itu.

“Ini bukan berlakon ya semua tetapi ini real, jadi semua ambil iktibar. Kalau tak puasa juga kami follow rapat punya, ” tulis pemilik akaun itu di kapsyen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*