{VIDEO} Konvoi motosikal berkuasa tinggi Singapura hanyut redah banjir

MERSING – Sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air bah di Jalan Nitar, Mersing hari semalam.

Difahamkan motosikal yang mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi itu mengalami kerosakan ketika meredah banjir di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ketika dihubungi kejadian dipercayai berlaku pada tengahari.

Katanya, berdasarkan maklumat, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu. Berdasarkan maklumat kejadian pada tengahari itu.

“Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang dinaiki antara mereka rosak.

“Kumpulan Konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing,” katanya.

Tambahnya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan konvoi terbabit kemudian meneruskan perjalanan dengan bantuan tow truck.

Tular sebuah video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air bah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*