{VIDEO} Kepala air mengganas, laluan LPT2 dekat Plaza Tol Ajil dirempuh air

Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) di kawasan Ajil, Hulu Terengganu, dinaiki air akibat aliran air deras dari bukit berhampiran susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

Rakaman video seorang pengguna dimuatnaik di media sosial, mendakwa limpahan air ke laluan itu disebabkan kejadian ‘kepala air’.

“Kepala air turun,” kata seorang lelaki dalam rakaman video ringkas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Hulu Terengganu Hasmeera Hassan, berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 10km dari Plaza Tol Ajil ke Bukit Besi itu, pada 11 pagi.

“Saya mengesahkan video yang tular dalam media sosial ketika ini berhubung kejadian banjir yang berlaku di kawasan itu. Dipercayai berpunca dari limpahan air cerun bukit berhampiran lokasi tersebut.

“Setakat ini tiada penutupan jalan di LPT2 dan semua kenderaan masih boleh melalui kawasan itu,” lapor Utusan Malaysia.

Tambahnya, tiada kemalangan atau insiden lain berlaku, serta turut dimaklumkan limpahan air di lokasi tersebut telah surut sepenuhnya, pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, pengguna di LPT 2 dinasihatkan berhati-hati serta sentiasa peka dengan perkembangan semasa, selain mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*