Hajiji kekal Pengerusi, Bersatu digugurkan dari GRS

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan sebagai Ahli Badan Gabungan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Pengerusi GRS.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menerusi satu kenyataan pada Ahad.

“Saya selaku Timbalan Pengerusi GRS telah mempengerusikan satu Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS pada 9 Disember lalu.

“Dalam mesyuarat itu telah mengekalkan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi GRS dan menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai Ahli Badan Gabungan dalam GRS,” katanya.

Hajiji kekal Pengerusi, Bersatu digugurkan dari GRS

Dalam pada itu, beliau berkata, penyertaan dalam Kerajaan Perpaduan adalah atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

Maximus berkata, merujuk kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Sabtu bahawa beliau atau partinya tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau.

Sebelum itu, Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu menegaskan bahawa Bersatu adalah parti pengasas GRS di mana menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, Bersatu merupakan ahli yang sah Badan Gabungan itu.

Beliau selaku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah memaklumkan bahawa partinya itu sebagai ahli Badan Gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS memasuki perjanjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut menegaskan bahawa Hajiji yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai Pengerusi GRS oleh kerana tindakan beliau keluar dari Bersatu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*