{VIDEO} Kelibat harimau mengejutkan pengguna jalan raya di Lojing

Kelibat harimau mengejutkan pengguna jalan raya di Lojing. Kelibat seekor harimau berjaya dikesan pengguna jalan raya yang melalui Jalan Gua Musang, Lojing semalam.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Mohd Fadli Othman, kelihatan haiwan tersebut berada disebalik semak di tepi jalan.

Berdasarkan video yang berdurasi 23 saat itu, kelihatan haiwan itu ‘jinak’ serta tidak menunjukkan sebarang reaksi atau bertindak ganas.

Jelas perakam lagi, kelibat haiwan tersebut dirakam sewaktu dia melalui jalan sekitar Lojing, Gua Musang semalam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi pada hantaran tersebut.

“Ini memang kawasan dia, ada juga kawan-kawan pernah terserempak ketika melalui jalan ini,”tulis Tok Azman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hisham Bakar.

“Nampak jinak, sebab rasa tak terancam sebab tu rimau tu tak bertindak agresif walaupun dirakam. Tetapi hati-hati yang melalui kawasan ini,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*