{VIDEO} Kecoh !!! Suspek langgar lari kena tibai sampai lunyai di Bukit Bintang

Tangkap layar menunjukkan suspek yang terlibat dalam pelanggaran motorsikal dipukul orang awam.

KES kemalangan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat terutamanya yang melibatkan pelanggaran motorsikal.

Nahas kenderaan itu boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian, namun sikap segelintir masyarakat yang enggan bertanggungjawab atas pelanggaran yang dilakukan boleh mengundang padah sekiranya tertangkap.

Perkongsian video di laman Facebook ini mendapat perhatian ramai apabila tercetusnya kekecohan selepas suspek dipercayai terlibat dalam satu kemalangan.

Difahamkan, suspek yang memandu kereta telah melanggar seorang penunggang motorsikal sebelum ditangkap orang awam ketika cuba melarikan diri di sekitar Bukit Bintang City Centre bersebelahan Lalaport, Kuala Lumpur.

Suspek dicekup lalu dipukul oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian hingga berdarah dan setakat ini masih belum ada sebarang laporan lanjut berkenaan isu terbabit.

Berdasarkan komen netizen, ada yang berkata ia berpunca daripada kes langgar lari.

Jamal Rabakpadi berkata, “Kalau kes langgar lari ni jangan kira bangsa, kasi ajar sikit.”

Mahani Mhd Isa: “Baru puas hati macam ni, hukuman polis semua belakang kira.”

Sekiranya kes ini merupakan kemalangan langgar lari, suspek boleh disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai, yang boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan kali pertama.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*