“Harap ibu bapa kena ‘angkut’…” Dibiarkan teguk arak macam orang dewasa buat netizen terkejut

Tular di laman Twitter akan sebuah video menyaksikan gelagat seorang budak lelaki meneguk satu tin air arak.

Kejadian itu dapat dilihat menerusi video berdurasi 31 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun @nanmanjoi di platform berkenaan.

Kanak-kanak itu yang dilihat sedang sedang menikmati airnya, bagaimanapun tidak dihalang oleh ibu bapa atau penjaganya yang mungkin berada di situ.

Mereka sebaliknya sibuk merakam, dan membiarkan kanak-kanak itu berbuat demikian, walhal tindakannya meneguk air itu akan merisikokan dirinya yang masih kecil.

Pun begitu, pemilik akaun tidak memaklumkan lanjut lokasi kejadian, cuma berharap agar ibu bapa kepada kanak-kanak itu diambil tindakan kerana kelalaiannya.

Turut baca

"Harap ibu bapa kena 'angkut'..." Dibiarkan teguk arak macam orang dewasa buat netizen terkejut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*