PEMANDU kenderaan yang membunyikan hon berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong di Pulau Pinang ketika satu majlis pengebumian pada Rabu tersebut melakukan tindakan tersebut secara tidak sengaja, kata Ketua Polis Daerah George Town Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.
Beliau berkata, pemandu terbabit memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai situasi yang berlaku di masjid berkenaan.
“Apabila dia membunyikan hon, ia menarik perhatian orang ramai yang kemudiannya mengepung keretanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Insiden itu berlaku pada Rabu ketika majlis pengebumian salah seorang anggota Tentera Laut yang terkorban secara tragis dalam insiden dua helikopter berlanggar semasa latihan raptai di Lumut, Perak dan turut tular di media sosial.
berlaku kekocohan sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong. Ada species yg membunyikan hon dan meredah jalan didalam suasana orang ramai memberi penghormatan terakhir pic.twitter.com/DwFSwGe5Fl
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) April 24, 2024
Berdasarkan video berkenaan, orang ramai dilihat bertindak agresif dengan mengelilingi kenderaan terbabit gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu berkenaan membunyikan hon ketika berada berhampiran kawasan majlis berkenaan.
Ketika kejadian, difahamkan situasi di jalan berkenaan agak sesak dengan orang ramai sedang menantikan ketibaan jenazah di pusat ibadah tersebut.
Razlam berkata, keadaan terkawal selepas anggota Tentera Laut dan polis yang berada di lokasi bertindak pantas menenangkan keadaan.
Tambahnya, polis menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan supaya tidak menganggu siasatan polis.
Turut baca :
- “Saya insaf dan menyesal…” Ragut gadis hingga cedera, peragut menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
- Kelantan tanpa wayang? Wanita naik Kapal Terbang ke Nilai untuk tonton ‘Sheriff: Narko Integriti’ buat ramai terkejut
- {VIDEO} Rosak tak apa, janji ‘puas hati’, Nissan Fairlady rempuh kereta di parkir
Leave a Reply