Beberapa hari lalu, kecoh beberapa dakwaan di media sosial memaklumkan bahawa perniagaan nasi ayam dan nasi itik seorang peniaga muda di Pulau Pinang diragui status halalnya.
Demikian setelah tular sebuah video memaparkan dua orang pekerjanya sedang memunggah barang seperti bekas makanan di sebuah kedai makan milik orang bukan Islam.
Enggan mengeruhkan keadaan, pemilik perniagaan serta pekerjanya kemudian tampil dalam satu video di Tiktok menjelaskan kejadian sebenar sekaligus memohon maaf kerana membuat ramai was-was.
“Kami minta maaf kerana telah menimbulkan rasa was-was hingga buat orang jadi marah.”
“Sebenarnya kami drop barang kat situ untuk basuh dan meletakkan lebihan makanan…”
“Selalunya owner akan bagi lebihan makanan tu dekat anjing…”
Bukan itu sahaja, mereka juga turut berkongsi proses masakan menu yang ‘viral’ di kedainya bagi menguatkan lagi kenyataan bahawa kedai mereka adalah halal.
“Kami masak sendiri, kalau kami tak ada pun kawan-kawan kami ada…”
“Dulu kami kerja dengan dia dekat kilang, kami banyak belajar dari dia dan mula menguruskan perniagaan masing-masing lepas habis PKP.”
Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro memaklumkan bahawa premis tersebut telahpun ditutup secara rasmi.
Hal itu sekaligus menimbulkan keraguan kerana mereka sepatutnya membuat laporan mempertahan perniagaan, namun sebaliknya pula terjadi seolah-olah ingin lari dari kebenaran.
Turut baca
- Pilu !!! Murid tahun enam maut dipanah petir
- {VIDEO} ‘Cuak’ tengok guni terapung bergerak-gerak, ramai turut sebak setelah tahu hal sebenar
- {VIDEO} “Mabuk judi…” Tak kisah dianggap persenda agama, wanita bertudung buat ritual di tokong
Leave a Reply