KPDN tidak sesekali berkompromi dengan kualiti barangan yang ditawarkan.
Sama juga seperti menu makanan dan barangan seperti tekstil juga wajar bermutu sesuai dengan harga.
Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub juga, Jualan RAHMAH Raya, inisiatif terbaharu KPDN untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Alhamdulillah, SABELLA, JAKEL, dan Mydin menawarkan harga baju Raya bermula serendah RM8.
Lebih 3 juta helai pakaian Raya yang berkualiti dan rekaan cantik ditawarkan pada harga RAHMAH. Ada tudung, ada baju kurung, ada baju Melayu, kurta, dan pakaian kanak-kanak.
Mydin juga turut menawarkan harga mampu milik dengan kain berkualiti dan corak yang sesuai untuk sambutan Hari Raya.
Semoga Jualan RAHMAH ini dapat membantu rakyat membuat persiapan hari raya dan mengukir senyuman buat wajah ahli keluarga yang akan menyambut Aidilfitri .
RAHMAH untuk Malaysia
Leave a Reply