Bersempena dengan Hari Peneroka 2022, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkesempatan menyantuni penduduk sekitar Bera, Pahang pada Jumaat.
Menurut sumber, majlis perasmian itu dibuat di Felda Rentam, Bera yang mana pada ketika itu turut hadir bersama beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed, Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai serta Ketua Peneroka Felda Kebangsaan iaitu Jamil Mohamed Shariff.
Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila tularnya sebuah video seorang lelaki membuat aduan tentang kerosakan jalan kampungnya di celahan orang ramai.
“Jalan Bera tu teruk sangat dan Tok.”
“Berlubang banyak sangat , minta repair Jalan Bera Tok…”
Meskipun tidak mengenali identiti lelaki tersebut, bahkan tidak kelihatan pun wajahnya, tetapi warganet simpati dengan usahanya untuk berbuat demikian walaupun tidak dilayan Ismail Sabri ketika itu.
Leave a Reply