“Padah hampiri dadah…” Wanita bunuh suami direman seminggu, sorang lagi masih diburu

Suspek wanita yang disyaki membunuh suaminya di Flat Nipah, Taman Daya, di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Melody Woon Sze Mun di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Suspek berusia 36 tahun yang memakai baju T berwarna putih tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada pukul 8.45 pagi.

WANITA yang disyaki membunuh suaminya di Flat Nipah, Taman Daya semalam ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Semalam, ibu kepada dua orang anak disyaki memukul suaminya yang berusia 44 tahun menggunakan objek tumpul di bahagian kepala sehingga mati.

Mangsa ditemukan terbaring di dalam rumah dengan anak sulung mereka merupakan saksi utama kejadian berkenaan.

Turut baca

Wanita yang bekerja sendiri itu didapati positif penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang ditahan pada pukul 9.15 pagi di kawasan berhampiran itu juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan dua kes dadah dan satu jenayah.

Hasil siasatan awal mendapati suspek berada dalam pengaruh dadah semasa kejadian.

Polis masih mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian berkenaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menerusi talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Kong Hock Peng menerusi 019-7308888.

Dua anak pasangan tersebut yang berusia dua dan 11 tahun kini di bawah jagaan ayah dan adik mangsa.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*