“Ini betul punya marah…” Berang kena bebel dengan isteri, lelaki lempar bom tangan tanda protes.
Seorang lelaki di sebuah perkampungan dekat Sveti Križ, Croatia bertindak di luar jangka apabila melemparkan bom tangan ke arah pasangannya selepas kedua-duanya terlibat dalam satu insiden pertengkaran.
Difahamkan, dalam kejadian pada Jumaat lalu, lelaki berusia 55 tahun itu sedang berada dalam keadaan mabuk.
Insiden mengejutkan itu turut dirakam dalam satu video tular yang dirakam sendiri oleh isteri lelaki terbabit.
Berdasarkan klip berdurasi dua minit yang dikongsikan laman X, githii, pasangan itu dilihat bertengkar dan berlegar di halaman rumah mereka.
Pada masa sama, lelaki berkenaan juga dilihat sedang memegang satu bom tangan yang diletakkan di bahagian belakang badannya.
Di akhir video berkenaan, satu letupan dipercayai berlaku dan asap juga turut kelihat sementara wanita yang berusia 52 tahun itu kedengaran mengerang kesakitan.
Difahamkan, wanita terbabit mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut dan sedang dirawat di hospital.
Pemeriksaan pihak berkuasa di rumah pasangan itu turut menjumpai satu lagi unit bom tangan.
Lelaki berkenaan difahamkan kini sedang berhadapan dengan dua pertuduhan membabitkan kesalahan cubaan membunuh dan memiliki bahan letupan secara haram.
In Croatia, a 55-year-old man, intoxicated with over 2 promille of alcohol, threw a hand grenade during an argument in Sveti Križ on December 29, injuring his 52-year-old partner. Another grenade was found in his possession. The woman was taken to hospital, and the man faces… pic.twitter.com/jcoRh2B6gW
— Githii (@githii) December 31, 2023
Leave a Reply