{VIDEO} “Indahnya sebuah kematian…” Imam masjid dijemput Ilahi waktu berkhutbah

“Indahnya sebuah kematian…” Imam masjid dijemput Ilahi waktu berkhutbah.

Meskipun tidak dikenali ramai, namun pengakhiran hidupnya kini menjadi perhatian seluruh dunia.

Jumaat lalu, kota Maghribi dikejutkan dengan berita kehilangan imam masjidnya iaitu Omar Ibn Khattab.

Sepertimana dalam video yang tular, sebelum detik cemas itu, imam berkenaan dilihat sedang menyampaikan khutbah di atas mimbar seperti kebiasaan.

Namun, pada hari itu kedengaran agak berbeza apabila beliau kerap mengucap Syahadah sebelum dilihat keadaannya yang makin lemah dan hampir rebah di atas mimbar.

Bagaimanapun, beberapa orang jemaah sempat menyambutnya dan cuba bantu menyedarkannya dengan renjisan air, namun tiada respon.

Nyata video tersebut meninggalkan kesan buat seluruh umat manusia yang melihatnya.

Tak dinafikan, pemergiannya itu adalah pemergian yang dimuliakan dan ramai berharap agar pengakhiran hidup mereka juga seperti itu.

Turut baca

“Penghantaran sepantas 30 minit…” Pasar raya Jepun guna robot hantar barang pelanggan

TERKINI | Lot kedai di Pasar Datuk Keramat dijilat api

Penduduk kampung ‘gempar’ lihat anak lembu mata tiga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*