“Penghantaran sepantas 30 minit…” Pasar raya Jepun guna robot hantar barang pelanggan

“Penghantaran sepantas 30 minit…” Pasar raya Jepun guna robot hantar barang pelanggan.

Sebuah pasar raya di Jepun menggunakan khidmat robot untuk menghantar barangan yang dipesan ke rumah-rumah pelanggan bermula 28 Mei lalu dalam usaha untuk menjimatkan kos tenaga kerja, lapor akhbar The Maniachi semalam.

Perkhidmatan penghantaran automatik pasar raya Seiyu di bandar Tsukuba dalam wilayah Ibaraki itu dilancarkan bersama oleh syarikat Rakuten Group Inc., Panasonic Holdings Corp. dan Seiyu Co.

Inisiatif berkenaan adalah yang kedua seumpamanya selepas pertama kali dijalankan di bandar Yokosuka, wilayah Kanagawa.

 "Penghantaran sepantas 30 minit..." Pasar raya Jepun guna robot hantar barang pelanggan
Robot keluaran Panasonic itu akan membuat penghantaran sepantas 30 minit selepas pelanggan membuat pesanan pada aplikasi khas Rakuten yang menawarkan lebih 2,000 produk jualan di pasar raya Seiyu.

Kawasan penghantaran adalah meliputi kira-kira 1,000 kediaman termasuk di bangunan pangsapuri dan rumah berasingan dalam radius kira-kira 850 meter dari pasar raya Seiyu cawangan Takezono, Tsukuba.

Robot keluaran Panasonic itu akan membuat penghantaran sepantas 30 minit selepas pelanggan membuat pesanan pada aplikasi khas Rakuten yang menawarkan lebih 2,000 produk jualan di pasar raya Seiyu.

Apabila menghampiri rumah pelanggan, ia akan menghantar mesej pemberitahuan ke telefon pintar mereka.

Pelanggan kemudian boleh mengambil barang daripada robot itu selepas memasukkan kod yang diberikan. Caj pengendalian yang dikenakan terhadap pelanggan adalah sebanyak 110 yen (RM3.63).

Robot itu bergerak pada kelajuan sehingga 4 kilometer sejam dan akan berhenti apabila pengimbas mengesan halangan. Perkhidmatan itu bagaimanapun hanya tersedia sehingga 20 Julai ini. – Agensi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*