{VIDEO} “Hon je pun…” Pemandu BMW ‘koyak’ kena hon

“Hon je pun…” Pemandu BMW ‘koyak’ kena hon.

Sikap ‘ikut kepala’ sendiri sememangnya tidak wajar diamalkan, terutamanya apabila berada di jalan raya.

Kita akan diperlihatkan dengan banyak lagi ragam berbeza, sekiranya masing-masing enggan bertolak ansur, bukan sahaja kes kemalangan meningkat tetapi juga menyebabkan pergaduhan.

Mengambil iktibar dari perkongsian di Facebook, menyaksikan pertelingkahan yang berlaku membabitkan dua individu di tepi jalan.

Sebelum kejadian itu, difahamkan pemilik kereta BMW telah memotong barisan sewaktu berhenti di lampu isyarat.

Disebabkan helahnya itu, tidak semena-mena dihon oleh kenderaan di belakang.

Bagaimanapun, individu terbabit tidak berpuas hati dan akhirnya dia berhenti tepi sambil marah-marah meminta kereta yang membunyikan hon tadi turun dari kenderaannya.

Nampaknya ramai tidak berkenan dengan sikap lelaki itu berbuat demikian, tambahan pula kesalahan tersebut berpunca darinya.

"Hon je pun..." Pemandu BMW 'koyak' kena hon
“Hon je pun…” Pemandu BMW ‘koyak’ kena hon

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*