{VIDEO} “Hati-hati gaiss…” Dah makan separuh lemang baru perasan ada katak

“Hati-hati gaiss…” Dah makan separuh lemang baru perasan ada katak. Belum habis Syawal, tetapi sudah bermacam kejadian kita dengar

Tambahan lagi dalam makanan. Makanan adalah sangat penting perlu dijaga dari kebersihannya. Buat peniaga pula, perlu memastikan makanan yang dijual itu mestilah berkualiti dan bersih.

Iyalah, kalau makanan yang dijual sedap dan bersih pasti pelanggan pun berpuas hati. Tidak bolehlah ambil remeh bab kebersihan ini.

Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut apabila menemui seekor katak di dalam sebatang lemang yang dibelinya.

Terkejut nampak katak lepas dah makan separuh lemang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu di Facebook berkongsi kejadian di luar jangkaan ketika dia sedang menjamu selera.

Difahamkan, dia telah membeli lemang di sebuah kedai dan bawa makan di rumah. Namun, sedang asyik makan dia ternampak seketul benda berwarna hitam.

Turut baca :

Bila disemak rupa-rupanya ia adalah seekor katak yang sudah hangus berada di dalam lemang tersebut.

“Allahuakbar..MashaAllah selalu dengor orang cerita makan lemang katak tapi akhirnya awak terkena juga.

“Dah makan nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak,” tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*