{VIDEO} Gempar mayat bayi perempuan ditemukan dalam lori sampah

TULAR satu kejadian penemuan mayat dipercayai bayi perempuan yang dijumpai di dalam lori sampah dekat sebuah flat di Ayer Itam Pulau Pinang pada Khamis. .

Video berhubung insiden tersebut dimuat naik di TikTok dan difahamkan mayat itu ditemukan semasa lori sampah berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja memungut sampah di kawasan flat terbabit sekitar pukul 10 pagi.

“Mayat bayi perempuan ditemui dalam lori sampah sebelum dikepis (proses memampatkan sisa sampah di dalam lori),” ujar tulisan pada video tersebut.

Dalam pada itu, menerusi klip berkenaan, pihak polis dilihat sudah hadir di lokasi dan membuat kawalan ketat dekat sekitar lori sampah terbabit.

Di ruangan komen, terdapat juga warganet memaklumkan bahawa mayat tersebut adalah merupakan bayi yang baru lahir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dilapor sudah mengesahkan mengenai penemuan mayat perempuan terbabit.

Katanya, mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*