{VIDEO} Enam sekeluarga termasuk nenek cemas terperangkap 40 minit dalam lif – Syukur semua selamat!

Enam sekeluarga termasuk seorang nenek berusia 86 tahun yang berkerusi roda berdepan detik cemas selepas terperangkap selama 40 minit di dalam lif di tingkat 16 Apartmen Prima Seremban Sentral semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 malam, kesemua enam mangsa tersebut sedang menggunakan lif untuk turun dari tingkat 20 bangunan ke aras bawah.

Menurut Ahmad Mukhlis Ameir, 40, ketika kejadian, isteri serta ahli keluarga lain mahu turun ke bawah untuk menghantar warga emas itu, Siti Hawa Dahalan, 86, pulang ke kampung.

“Ketika sedang turun, tiba-tiba lif tersebut terhentak dan tersangkut di tingkat 16. Semua enam ahli keluarga saya panik berikutan mereka rata-ratanya wanita dan telah berusia.

“Lebih membimbangkan keadaan nenek saya yang sudah lanjut usia dan berkerusi roda. Mereka terperangkap kira-kira 40 minit dalam lif tersebut sebelum diselamatkan,” katanya.

Katanya, ketika kejadian dia sedang bersolat di rumah yang terletak di tingkat 20.

“Saya berterima kasih kepada jiran-jiran termasuk seorang juruteknik lif pihak pengurusan yang membantu mengeluarkan mereka menggunakan tangga.

“Syukur semua selamat walaupun masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Dia turut berharap agar pihak pemaju mengambil tindakan segera terhadap fasiliti yang bermasalah ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*