{VIDEO} Disangka Sharifah Aini… rupanya

Pemergian biduaniti negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia sembilan tahun lalu masih terasa hingga ke hari ini. Malah, ramai dalam kalangan peminat yang merindui figura yang mesra dengan panggilan Kak Pah itu beraksi di atas pentas.

Wanita mirip Kak Pah

Di laman TikTok, tular sepotong video yang menyaksikan seorang wanita bernama Catt yang memiliki gaya, penampilan dan wajah persis arwah.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat sedang menyampaikan lagu raya milik arwah berjudul Hari Yang Mulia secara miming di sebuah acara yang dihadirinya baru-baru ini.

Mencuri perhatian lagi, apabila wanita berkenaan turut meniru gaya nyanyian yang sering dilakukan oleh arwah ketika membuat persembahan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berkata kerinduan mereka kepada arwah seakan terubat seketika selepas menyaksikan persembahan wanita itu.

Bagaimanapun, ada juga yang berkata meskipun wanita berkenaan mencuba menjadi seakan arwah, namun masih kelihatan sedikit berbeza dan tidak seratus peratus sama.

Untuk rekod, arwah Datuk Sharifah Aini telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai 2014 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Arwah yang berusia 61 tahun ketika itu pergi meninggalkan seorang anak bernama Aliff Omar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*