{VIDEO] “Baru boleh tidur lena…” Wanita melompat gembira dapat sijil cerai

Seorang wanita tular apabila dia melompat gembira keluar daripada pekarangan mahkamah selepas berjaya memperoleh sijil cerai.

Menerusi klip video yang dikongsi May Tina Momami di akaun TikTok miliknya memaparkan, dirinya berlari keluar daripada mahkamah sambil melompat gembira bersama sijil cerai di tangannya.

“Ketika bercerai adalah jalan menuju kebahagiaan,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

May menerusi ruangan kapsyen mengucapkan syukur kerana berjaya melepaskan diri daripada belenggu rumah tangga yang berpanjangan.

“Alhamdulillah, cerai,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan kebahagiaan May dan tidak kurang juga berkongsi pengalaman serupa.

“Penderitaan dia sahaja yang tahu. Sebab itu dia gembira macam ini. Macam kawan saya, lepas cerai terus datang ‘office’ sambil tersenyum bagitahu dah cerai. Dia dah lega. Semoga bahagia,” kata Putih Putih Melati.

“Saya pun bercerai macam ni. Macam dapat apa. Perkahwinan itu kadang-kadang satu penyeksaan.

“Kita kena marah, kena bebel, kena herdik dengan suami,” ujar Mustzs.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh 5,000,000 tontonan dan 149,000 tanda suka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*