{VIDEO} “Diaorang tuang minyak….” Muncul lepas eksiden, wanita syak geng ‘callman’ jadi punca?

“Diaorang tuang minyak….” Muncul lepas eksiden, wanita syak geng ‘callman’ jadi punca?. Gara-gara kepantasan servisnya, geng longkai atau ‘callman’ dituduh oleh wanita ini menjadi punca dirinya terlibat dalam kemalangan.

Menurutnya dalam satu video, kereta yang dipandu telah terbabas sehingga masuk ke dalam hutan pada jam 3 pagi.

Dengan waktu sebegitu lebih membuatkan wanita terbabit meragui geng ‘callman’ yang datang membantunya beberapa minit selepas kejadian, walhal dia tidak membuat sebarang panggilan pun.

Jelasnya, keretanya terbabas berpunca daripada jalan licin yang mana menurutnya disebabkan oleh pertumpahan minyak.

Walau bagaimanapun, majoriti netizen menyelar tuduhan yang dilemparkan oleh wanita itu kepada individu yang bertugas sebagai ‘callman’ kerana menurut mereka setiap orang mempunyai cara kerja berbeza dan tidak seharusnya disama ratakan.

Dalam waktu sama, ada juga yang memihak kepada wanita berkenaan apabila rata-ratamya berkongsi pengalaman mereka pula.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*