
Tipulah kalau kita cakap tak takut setiap kali terserempak dengan polis, walhal tidak melakukan sebarang kesalahan.
Dalam waktu sama, sedar atau tidak mulai terfikir sendiri barangkali kita ada melakukan sesuatu tanpa sengaja.
Begitulah yang mungkin dirasakan oleh penjual putu mayam ini ketika dia ditahan oleh dua orang anggota polis di tepi jalan.
Menerusi paparan yang dikongsi, menyaksikan perbualan mereka di atas motor masing-masing sambil pakcik penjual putu mayam itu menunjukkan arah.
Dalam entri itu, pemilik akaun turut memaklumkan bahawa pakcik berkenaan ditahan bukan kerana melakukan kesalahan lalu lintas tetapi rakan setugas ingin membeli jualannya.
Rata-ratanya akui terhibur seolah-olah dapat membayangkan reaksi pakcik itu sewaktu ditahan oleh dua orang anggota terbabit.
Turut baca
- {VIDEO} Gaduh sebab conteng meja, 2 pelajar dipanggil beri keterangan
- {VIDEO} “Jejaka terlaris di pasaran…” 2 sepupu rela bermadu, sanggup kongsi suami
- 88 kesan tapak kaki ‘hantu’ berusia 12,000 tahun ditemui
Leave a Reply