{VIDEO} Cikgu ‘koyak’ ditegur Dai’ Fuad sebab joget di TikTok

Cikgu ‘koyak’ ditegur Dai’ Fuad sebab joget di TikTok. Baru-baru ini, pendakwah bebas Dai’ Fuad ada menegur seorang guru wanita di platform TikTok kerana sakan berjoget di platform media sosial berkenaan.

Malah, di dalam ruangan komen video guru terbabit, Dai’ Fuad meninggalkan respon agar individu terbabit membuang gelaran ‘guru’ yang dimilikinya.

Susulan ditegur, cikgu terbabit tidak mendiamkan diri dan membalas semula komen pendakwah tersebut bahawa sekali sudah menjadi guru, gelaran tersebut tidak boleh dilucut lagi.

Dalam penjelasan lain, Dai’ Fuad ada memberitahu niatnya bukan untuk menguriskan hati mana-mana pihak, namun risau jika kerosakkan akhlak pelajar-pelajar berlaku disebabkan guru berkelakuan sedemikian.

Jika meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen memihak kepada pendakwah itu dan meminta cikgu wanita tersebut terbuka hati menerima teguran daripada berbalah.

Dalam pada masa yang sama, ada juga memerli bahawa seorang guru memang susah untuk menerima teguran daripada orang lain dan menasihati guru lain menjadikan hal ini sebagai iktibar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*