“Bodoh tak bertebing…” Penyamun ‘kantoi’ ditahan polis lepas buat video di Tiktok. Seorang pemuda yang kononnya mendakwa dirinya ‘berjaya’ dengan hasil usaha sendiri akhirnya ditahan polis selepas kegiatannya merompak terbongkar.
Menurut laporan Bangkok Post, beberapa anggota polis telah menggeledah rumah lelaki terbabit dan berjaya menemui cek bernilai 32 juta Baht (RM42,020304.57) serta wang tunai sebanyak 220,000Baht (RM27,639.59).
Bagaimanapun, siasatan awal ke atasnya mendapati lelaki itu telah membelanjakan sejumlah RM18 daripada wang tersebut untuk membeli makanan dan merancang untuk menggunakan selenihnya untuk melangsaikan hutang.
Untuk makluman, perbuatan lelaki itu kantoi selepas dia dengan bangganya mempamerkan kemewahannya di Tiktok, walhal dia telah merompak sebuah syarikat logam pada 11 Ogos lalu.
Malah, pakaian yang dipakai suspek dalam video tersebut juga merupakan pakaian sama dipakainya semasa merompak syarikat berkenaan.
Leave a Reply