Beberapa hari lalu, tular sebuah video menyaksikan tindakan seorang lelaki tergamak memberi bayi yang disyaki anaknya menghisap rokok elektronik (vape).
Dalam paparan berdurasi 15 saat itu, meninggalkan pelbagai komen yang rata-ratanya bengang dengan sikap pemuda berkenaan yang dianggap keterlaluan.
— . (@fanaizty) August 5, 2022
Mengikuti perkembangan semasa kes tersebut, difahamkan seorang individu telah membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung insiden berkenaan.
Namun, pihaknya tiada kuasa untuk mengambil kanak-kanak tersebut sepertimana yang diharapkan oleh pengadu melainkan menasihati pasangan berkenaan untuk tidak mengulangi perkara sama.
Tidak terhenti di situ, sumber juga memaklumkan bahawa pelaku telahpun tampil membuat permohonan maaf bertulis di media sosial selain menjelaskan statusnya dengan kanak-kaanak itu.
— . (@fanaizty) August 5, 2022
Turut baca
Leave a Reply