Sebelum ini, kecoh di media sosial dengan isu cubaan meminta dan menerima rasuah melibatkan anggota keselamatan seperti polis ketika memberi saman keapada pengguna jalan raya.
Terbaharu, tular pula sebuah video memaparkan perbuatan seakan-akan sama namun bukan dilakukan oleh anggota keselamatan.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) @mynewshub, pemandu kereta jenis Volkswagen kuning didakwa melakukan cubaan memberi duit kepada seorang anggota polis ketika ditahan di tepi jalan.
Biasanya org awam yg rakam polis ni polis pulak rakam org awam yg nk bgi duit kat polis !! Ha3 pic.twitter.com/SH1gTX2kTB
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 30, 2024
Anggota itu bagaimanapun dilihat tidak termakan dengan suapan tersebut dan terus merakam kejadian sekali gus membuatkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan terkedu.
Namun, lokasi sebenar dan tindakan selanjutnya oleh anggota itu masih tidak dapat dipastikan lagi.
Sementara itu, rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan polis terbabit dan tidak kurang ada yang mengecam perbuatan pemandu itu.
“Kenakan dua kesalahan. Pertama, kesalahan jalan raya. Kedua, cubaan merasuah. Buktikan masih ada lagi anggota yang punya integriti,” komen @3Nilai.
“Polis macam ini yang rakyat nak. Bukan penyamun, pencabul atau pembunuh,” tulis @TrunkkdhTrunk.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian
Video berkenaan tular ketika rakyat hangat memperkatakan isu polis trafik memberi ‘diskaun’ kepada pelancong asing yang ditahan melakukan kesalahan jalan raya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menahan tiga anggota polis trafik bagi siasatan kes memberikan pilihan kepada pelancong Britain untuk membayar saman sebanyak RM100 di lokasi berbanding RM300 di kaunter.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 Januari lalu di Perak.
Selang sehari kemudian, tular pula satu lagi video memaparkan anggota polis trafik memberi pilihan sama kepada pelancong yang ditahan tidak memakai helmet di Langkawi.
Kes itu juga disiasat oleh PDRM dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi polis Langkawi bagi membantu siasatan.
Turut baca :
Leave a Reply