{VIDEO} Bekalan beras putih tempatan ada, harga kekal

Pihak saya di KPDN memberi jaminan bahawa harga beras putih tempatan dan bekalannya sentiasa ada di seluruh negara.

Pada masa sama, pihak KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meningkatkan penguatkuasaan menerusi Op Jamin lalu bagi memastikan tiada pihak yang sengaja menaikkan harga beras putih tempatan.

Untuk makluman, KPKM telah menegaskan bahawa tiada kenaikan harga beras putih tempatan (PBT) yang kekal pada harga RM2.60 sekilogram seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

Sekali lagi saya tegaskan kepada mana-mana pihak yang cuma ambil kesempatan ke atas rakyat dengan melakukan penyelewengan dengan menukar bungkusan atau label beras tempatan kepada beras import dan dijual pada harga lebih tinggi.

KPDN mohon kerjasama semua pihak untuk membuat laporan jika wujud sebarang penyelewengan, atau jika ada laporan mengenai masalah bekalan beras, baik beras tempatan atau beras import.

Laporan boleh dibuat menerusi saluran berikut;

i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my);
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, dan;
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.

Kami akan ambil tindakan segera atas semua laporan anda

Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri KPDN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*