{VIDEO} Banjir Kelantan, Terengganu terus memburuk, lebih 14,000 mangsa di PPS

Situasi banjir yang melanda pantai timur Semenanjung terus memburuk, dengan lebih 14,000 mangsa direkodkan di Kelantan dan Terengganu.

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 7,169 orang daripada 2,170 keluarga dan ditempatkan di 73 PPS.

Ini berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat kemaskini terakhir sekitar jam 11.44 malam tadi.

Begitu juga di Terengganu, 139 PPS dibuka menempatkan 6,948 mangsa daripada 2,027 keluarga yang dipindahkan.

Selain itu, di Johor, 75 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Di Perak, seramai 49 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke dua PPS.

Di Pahang pula, satu PPS dibuka menempatkan 40 mangsa daripada 13 keluarga.

Dalam perkembangan berkaitan, sembilan mangsa banjir daripada dua keluarga dipindahkan di satu PPS di Sarawak.

Dengan ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri mencecah 14,290 orang daripada 4,249 keluarga yang ditempatkan di 219 PPS.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*