{VIDEO} Bakal pengantin bertekak, desak pulangkan hadiah lepas hubungan berakhir

Saat menjalin hubungan istimewa, seorang lelaki biasanya menunjukkan effort mereka dengan cara memberi hadiah. Murah atau mahal sesuatu barang bukan ukuran, namun bagaimana pula jika tiba-tiba semuanya berubah? Andai kata tiada jodoh, adakah hati boleh mengikhlaskan segala yang pernah dibelanjakan untuk orang tersayang?

Bagi seorang lelaki ini, dia telah menjadi bualan netizen sejak semalam setelah dikatakan mengasari teman wanitanya. Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah ruangan hotel itu menyaksikan pasangan terbabit telah bergelut sambil cuba dileraikan oleh beberapa orang di situ.

Difahamkan lagi, mereka sebenarnya sudah bertunang dan bakal bernikah berbaki sebulan saja lagi. Namun menurut penjelasan, lelaki yang berstatus orang kaya itu telah memutuskan hubungan mereka dan mendesak pemulangan segala barang pemberian yang pernah dihadiahkan.

Cuba mendapatkan semula telefon pemberiannya, dia berang kerana wanita itu enggan membalikkan barang tersebut. Meminta dalam keadaan marah, dikatakan phone berkenaan nantinya mahu diberikan kepada si adik. Hingga kini, keluarga sebelah sana masih belum meminta maaf dan berbincang lanjut tentang pembatalan hari nikah mereka berdua. Yang pasti, kedua-dua pihak mahu mengheret isu itu jalur undang-undang untuk mendapatkan keadilan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*