Ngeri!!! Penonton berdepan detik cemas lihat 2 penari dihempap skrin gergasi

Tular di media sosial yang memaparkan detik cemas sebuah konsert boy band popular Hong Kong, Mirror apabila skrin LED jatuh dari siling dan menimpa penari.

Difahamkan, kejadian ngeri itu berlaku pada malam Khamis dan konsert berkenaan dihentikan serta merta.

Menerusi rakaman yang tular itu, dapat dilihat tali skrin LED tergantung pada bahagian siling pentas berkenaan terputus sebelum jatuh menimpa dua penari yang berada dibahagian bawah skrin tersebut.

Bukan itu sahaja, turut didengari suara jeritan penonton yang terkejut akan kejadian tersebut.

Malah, kesemua yang berada di atas pentas berkenaan terus bergegas membantu dua orang penari yang dikatakan tidak sedarkan diri serta manahan sakit.

Bagaimanapun, seorang penari dikatakan dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital berikutan kecederaan di bahagian kepada manakala seorang lagi kritikl kerana cedera dibahagian leher.

Kemalangan tersebut telah mencetuskan bantahan orang ramai malah penganjur juga dikecam oleh orang ramai.

Menurut sumber, pihak penganjur dikatakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat pemeriksaan lokasi, latihan serta mengabaikan keselamatan penghibur

Sementara itu, kerajaan Hong Kong telah menangguhkan konsert seterusnya di lokasi berkenaan bagi memastikan reka bentuk pentas dan struktur mekanikalnya terbukti selamat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*