{VIDEO} “Asal jadi duit apa pun boleh” Lelaki bertopi keledar samun remaja dalam lif pangsapuri

SEORANG remaja lelaki berdepan detik cemas apabila dia disamun seorang individu bertopi keledar ketika di dalam sebuah lif kediaman pangsapuri dekat Johor Bahru, Johor pada Ahad.

Insiden itu bermula apabila remaja terbabit didatangi dua individu yang meluru ke dalam lif berkenaan.

Namun, salah seorang daripadanya kemudiannya beredar dari situ dan meninggalkan rakannya untuk memulakan kegiatan jenayah tersebut.

Remaja terbabit yang tidak menyedari akan muslihat kotor itu mula panik apabila dia dipercayai diarahkan untuk menyerahkan wang serta barangan berharta dimilikinya.

Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di laman media sejak Selasa.

 

Cubaan mangsa yang ingin melepaskan diri dan enggan akur kepada arahan itu mengundang padah apabila kolar bajunya dicekak oleh penyamun terbabit sebaik pintu lif terbuka.

Turut baca :

Selepas beberapa kali dikasari, remaja berkenaan kemudiannya dilihat menyerahkan dompetnya sebelum si pelaku melarikan wang dan terus beredar dari lif berkenaan.

Rakaman itu berakhir dengan mangsa terus berlari sebaik pintu lif terbuka dan jumlah kerugian dialami tidak dinyatakan dalam perkongsian tersebut.

Belum ada kenyataan polis berhubung kes itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*