Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ‘ditaji’ Tajikistan

Kelebihan Tajikistan yang memperoleh ‘bye’ ekoran penarikan diri Palestin seakan beri tenaga tambahan buat negara itu untuk menjulang trofi Pestabola Merdeka dengan tewaskan Harimau Malaya 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Keputusan itu juga menafikan hasrat Malaysia untuk melebarkan rekod tanpa kalah buat kali kelapan berturut-turut selepas kali terakhir dipalit kecewa ketika tunduk 3-0 kepada Thailand pada separuh akhir Piala AFF, Januari lalu.

Walaupun ada rumput ‘koyak’ seawal 30 saat permainan, ia seakan tidak beri kesan besar kepada corak permainan Malaysia yang dilihat lebih mendominasi perlawanan.

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya 'ditaji' Tajikistan

Bagaimanapun Tajikistan yang menerapkan sistem lima pertahanan terlebih dulu memperoleh peluang terbaik namun penjaga gol negara, Ahamd Syihan Hazmi Mohamed bertindak cemerlang.

Minit ke-27, tindakan berani Brendan Gan melakukan percubaan dari luar kotak penalti berjaya menghadirkan situasi cemas di kem pasukan lawan dan minit ke-44, Tajikistan akhirnya ceria apabila memperoleh gol pendahuluan menerusi Soirov Rustam.

Lima minit selepas aksi bersambung, sentuhan akhir Rustam menghadirkan kekecewaan buat Tajikistan dan selang empat minit selepas itu, kedudukan patut kembali seimbang namun penjaga gol The Crowns, Barotov Daler bertindak cemerlang menafikan rembatan jarak dekat Akhyar Rashid.

Kesukaran untuk memasuki kotak penalti lawan memaksa pemain negara mula melakukan percubaan jarak jauh, bermula dengan rembatan Faisal Halim pada minit ke-76 dan selang dua minit selepas itu giliran Stuart Wilkin menguji Daler di gawang Tajikistan.

Minit ke-88, kesilapan Dominic Tan mengundang padang hingga membiarkan Samiev Shahrom melengkapkan gol kedua Tajikistan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*