{VIDEO} “Ambillah biskut ini anakku, bawalah bersamamu ke syurga”

“Ambillah biskut ini anakku, bawalah bersamamu ke syurga,” demikian tangisan seorang bapa dari Palestin terhadap anak lelakinya yang terbunuh selepas serangan peluru berpandu rejim Zionis Israel.

Menerusi video dimuat naik seorang jurugambar dari Gaza dikenali sebagai Belal Khaled, memaparkan lelaki tersebut menangis dan memberikan biskut ke tangan anaknya yang mana jasad kanak-kanak itu telah kaku berbungkus kain kafan.

Pada hantaran tersebut, Belal menceritakan lelaki itu pada mulanya keluar membeli biskut untuk anaknya, namun sebaik pulang ke rumah, dia mendapati keluarganya terbunuh.

“Seorang bapa keluar untuk membeli biskut kepada anak lelakinya. Apabila dia pulang, dia mendapati anak dan isteri terbunuh kerana serangan peluru berpandu Israel ke atas rumah mereka,” katanya.

Ia sekali gus meruntun jiwa pengguna media sosial yang bersedih atas ujian bapa tersebut selain penduduk Palestin yang dibunuh beramai-ramai oleh rejim Zionis Israel.

“Ini adalah satu video paling merobek hati untuk ditonton. Saya tak boleh bayangkan kesakitan bapa ini dan saya tak percaya apa-apa di dunia ini mampu menarik kesakitan itu pergi. Perkara ini perlu dihentikan. Tiada lagi kanak-kanak dibunuh dan tiada lagi bapa yang sengsara bayi mereka terbunuh. Saya memang takkan faham mereka yang membenarkan ini diteruskan,” komen Shaneel Lal.

“Ini mesti dihentikan, tiada ibu bapa perlu berdepan seperti ini. Doa saya kepada semua orang yang sedang sengsara di Gaza,” kata Patrick Mulligan.

“Berat sungguh menonton video ini. Minta maaf atas apa yang terjadi kepada anda dan seluruh rakyat Palestin. Ia sangat merobek hati,” ujar Asclepien.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*