{VIDEO} Aksi berani lelaki tahan kereta curi tumpuan pengguna di Lebuhraya

SEORANG lelaki dipercayai kurang siuman bertindak di luar kawalan apabila melintas dan menahan beberapa buah kenderaan di tengah laluan Lebuhraya Senai-Desaru, Johor pada Selasa.

Meskipun dilanda cuaca hujan lebat, individu terbabit terus menghalang kenderaan di laluan berkenaan yang sekali gus mengakibatkan trafik bertukar perlahan ketika kejadian.

Beberapa pemandu kelihatan terpaksa memberhentikan kenderaan mereka dan mengelak daripada berlanggar dengan individu terbabit.

Warganet rata-ratanya menggesa agar si pelaku ditangkap polis kerana boleh menyebabkan kemalangan.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian menjelaskan bahawa lelaki berkenaan bertindak melarikan diri sebaik didatangi kenderaan polis.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung gangguan tersebut namun individu terbabit terlebih dahulu beredar dari lokasi kejadian sebelum ditangkap.

“Dia lari dari polis tapi masih ada lagi dekat situ, nampak dia menyorok,” kata Irdina.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden terbabit setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membantu pihak berkuasa menyelesaikan isu tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*