{VIDEO} Akibat kemarahan melampau wanita mengganas cekik warga emas meskipun dihalang

GARA-GARA perlanggaran kecil, seorang wanita bertindak di luar kawalan apabila mengasari dan memukul pemandu warga emas di sebuah jalan raya dekat Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam satu rakaman tular di laman Facebook, memaparkan perbuatan ganas pelaku yang terlebih dahulu memarahi wanita tua terbabit akibat kemalangan tersebut.

Namun, situasi kian meruncing apabila individu berkaca mata dan berbaju merah itu terus memukul mangsa sebaik cuba ditenangkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Namun, akibat kemarahan melampau, pelaku terus mengganas dan didakwa mencekik warga emas berkenaan meskipun cuba dihalang.

Video berdurasi seminit 57 saat itu tular di laman media namun audionya telah dipadamkan si perakam.

Untuk rekod, tiga lelaki warga tempatan berumur 28 hingga 39 tahun sebelum ini ditahan kerana membelasah seorang penunggang p-hailing di persimpangan lampu trafik dekat Jalan Langat-Klang menghala ke Klang, Selangor pada November lalu.

Hasil saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek utama terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Namun, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian di Setapak itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*