{VIDEO} Pemandu rempuh motosikal lepas gaduh dengan isteri

Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan pemandu sebuah kereta jenis Honda Civic ‘menggila’ rempuh seorang penunggang motosikal.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di sekitar Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja Rawang Selangor menjadi kecoh apabila orang awam cuba menahan kereta. Tetapi pemandu dilihat terus memecut laju meninggalkan lokasi itu.

Memetik laporan Kosmo!, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, kejadian berlaku semasa suspek hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pergaduhan.

Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang suspek namun dirempuh sehingga mengalami kecederaan pada siku dan kaki.

Kini kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*