Dramatis popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal dengan tindakan sebuah kedai makan selepas mendapati makanan yang diterima berbeza daripada pesanan asalnya.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata, menu yang dipesan adalah bihun tom yam, namun sebaliknya yang diterima adalah tom yam sahaja.
Mengejutkan lagi, apabila Che Ta mendapati terdapat beberapa butir nasi dalam makanan berkenaan.
Che Ta mendakwa makanan tersebut merupakan bekas pelanggan lain yang tidak habis dimakan kemudian dibungkus dan diberikan kepadanya.
Saya tempah bihun tom yam tapi yang dapat tom yam sahaja. Lepastu saya dah makan separuh tiba-tiba perasan ada nasi dalamnya.
Jadi saya jangka ini bekas order nasi dan tom yam orang lain kemudian gerai itu bungkus bagi dekat saya.
Macam mana dia berniaga? Tergamaknya, macam dah bekas-bekas orang makan.
Kecewa dengan kejadian tersebut, isteri kepada aktor Zain Saidin itu berkata dia tidak akan berkunjung lagi ke kedai terbabit.
Dah masuk setengah masuk dalam perut, macam mana ni? Sudah lah tak mahu tempah lagi dekat kedai tu.
Leave a Reply