{VIDEO} Pasangan kekasih bikin kecoh ketika tonton wayang cetus kemarahan ramai, rupanya ini berlaku

SEPASANG kekasih dipercayai mabuk mencetuskan kemarahan ramai apabila membuat bising ketika menonton wayang di sebuah pusat beli-belah dekat Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor pada Jumaat.

Kedua-dua individu terbabit juga dikatakan sengaja menimbulkan kekecohan apabila mengganggu penonton lain dengan berbual dengan nada tinggi sambil meminum arak.

Situasi itu nyata mengundang kemarahan salah seorang penonton yang bertindak menegur pasangan terbabit.

Namun, teguran itu tidak diterima dengan baik dan pasangan itu difahamkan telah membaling minuman alkohol tersebut ke arah individu berkenaan.

Turut melemparkan kata-kata kesat, wanita berseluar pendek itu terus beredar sebaik menunjukkan isyarat lucah ketika kejadian.

Kelakuan itu juga secara tidak langsung telah melanggar larangan pihak panggung wayang untuk tidak membawa masuk makanan ataupun minuman dari luar dengan warganet turut menggesa agar tindakan keras dikenakan terhadap pasangan terbabit.

Namun, belum ada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak syarikat panggung wayang itu setakat ini dengan orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*