{VIDEO} 6 wanita JaPen selamba ‘tapau’ lagu ‘Putus Terpaksa’, penyanyi no dua bikin meremang bulu roma

Enam wanita dari Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menarik perhatian ramai apabila berjaya cemerlang membawakan lagu Putus Terpaksa secara bergilir-gilir.

Menerusi TikTok Pentarama Putrajaya, video nyanyian itu membuatkan orang ramai teruja dan tidak putus-putus memuji berikutan lagu tersebut tidak mudah untuk dibawakan kerana bernada tinggi.

Namun, setiap daripada mereka berjaya mengalunkan setiap bait dengan bagus menggunakan gaya tersendiri.

“Semua boleh nyanyi. Tiada seorang pun daripada mereka tone deaf (pekak nada). Bagus, dah ulang banyak kali!,” komen seorang pengguna.

“Yang nombor dua tu buat aku meremang bulu roma,” kata Rabiatul Adawiyah.

“Semua sedap. Bagus-bagus, lagu lain pula tolong,” ujar Tmeer.

Perkongsian itu masih mendapat perhatian tanpa henti pengguna media sosial sehingga berjaya meraih sebanyak lebih 3 juta tontonan sejak ia dikongsikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*