KERETA yang terbakar di KM 220 WCE berhampiran susur keluar Changkat Cermin.
Manjung: Empat lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran kereta di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah utara berhampiran susur keluar Changkat Cermin, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, 5.11 petang tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kereta yang dinaiki lima sekawan itu dipercayai terbabas ke dalam parit di bahu jalan sebelum terbakar.
“Selain empat mangsa yang ditemukan rentung, terdapat seorang lagi mangsa ditemukan selamat iaitu Shariff Mohammed Sidek Mohammed, 54.
“Semua mangsa adalah lelaki tempatan. Berdasarkan maklumat awal yang diterima, mereka bekerja di Lumut dalam perjalanan ke Ipoh.
“Lokasi kejadian adalah kira-kira 2km dari susur keluar Tol Changkat Cermin Lebihraya WCE,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply