{VIDEO} “Bukan kaleng-kaleng…” Penyanyi ini tak sangka Tuanku Permaisuri Agong sporting ikut duet sekali

Pelancaran Museum of Contemporary Arts (MOCA) yang berlangsung di Kuantan telah pun diadakan pada minggu lepas

Lanjutan itu, pelbagai persembahan yang disediakan untuk para tetamu. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan penyanyi berpeluang untuk menyanyi bersama Tuanku Permaisuri Agong telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pelawa dan ajak Tuanku Permaisuri menyanyi bersama

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang penyanyi kumpulan rock Indie Margasatwa sedang mempersembahkan lagu bertajuk ‘Lagu Tentang Cinta’.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat mempelawa baginda Permaisuri Agong untuk berduet dengannya. Baginda juga dilihat menyambut mikrofon itu lalu menyanyikan lagu tersebut bersama.

Gila lah, bukan calang-calang orang boleh duet dengan permaisuri ini. Satu pencapaian dalam hidup, terbaik!” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 64K tontonan, 5K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*