Veteran DAP ‘cadang’ tubuh jawatankuasa siasat Islamofobio, jemput Hadi beri kerjasama

Veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan membentuk jawatankuasa terdiri pakar beragama Islam dan bukan Islam untuk menyiasat jika wujud parti politik mempromosikan Islamofobia.

Beliau berkata, jawatankuasa itu berfungsi mengkaji isu melibatkan Islamofobia dan fobia terhadap mana-mana agama dalam negara.

“Jawatankuasa ini perlu diminta memberikan cadangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak terus terpolarisasi dan terpecah belah dengan politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau mencadangkan jawatankuasa itu turut menjemput Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemimpin PAS lain memberi kerjasama membuktikan pertuduhan mereka terhadap DAP dan PKR yang dikatakan sebagai mempromosi Islamofobia.

“Tiada asas langsung kepada pertuduhan mengatakan DAP dan PKR bersifat Islamofobia.

“Oleh kerana tuduhan ini dibuat secara terang-terangan dan diulang-ulang, pertuduhan ini perlu diambil serius walaupun tiada keperluan untuk reaksi yang melampau terhadap fitnah seperti ini,” katanya.

Terdahulu, menerusi kenyataan di Facebook pada 28 Nov lalu, Hadi mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia kepada golongan bukan Islam.

Veteran DAP 'cadang' tubuh jawatankuasa siasat Islamofobio, jemput Hadi beri kerjasama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*