Usahawan langgar rakan kongsi sebelum tikam 15 kali direman 7 hari

Seorang usahawan tudung dan pakaian bersama suaminya direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membunuh seorang wanita warga emas di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Terdahulu pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 37 dan 35 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi.

Mereka disiasat mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Penahanan suami usahawan tudung dan pakaian itu yang merupakan seorang mekanik bagi membantu siasatan kerana kereta Honda Jazz disyaki digunakan dalam kejadian langgar lari mangsa merupakan miliknya.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, seorang wanita disyaki melanggar dan menikam mati mangsa yang merupakan rakan kongsinya.

Mayat mangsa yang merupakan pesara kerajaan ditemuikan di dalam longkang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal percaya insiden bermotifkan rasa tidak puas hati suspek wanita berhubung agihan keuntungan perniagaaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*