“Tutup je senang…” Positif dadah, 17 pengunjung pusat hiburan ditahan

Seramai 17 pengunjung sebuah pusat hiburan ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan dijalankan sekitar Sea Park, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah malam.

"Tutup je senang..." Positif dadah, 17 pengunjung pusat hiburan ditahan

“Hasil pemeriksaan ke atas 76 pengunjung itu mendapati 17 individu terbabit dengan pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Susulan itu, polis merampas 42 gram (g) dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan ketamin seberat 11.5 gram (g) bernilai RM3,720,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 39 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, seorang wanita warga asing yang juga pekerja di sebuah pusat hiburan di Taman Megah di sini ditahan pada jam 11.30 malam.

“Dalam serbuan berkenaan, seramai enam wanita tempatan dan 15 pelanggan diperiksa dan didapati tiada melakukan kesalahan,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki yang juga penjaga kaunter gagal mengemukakan lesen hiburan dan lesen menjual minuman keras bagi tahun ini.

“Polis menahan lelaki berkenaan serta merampas sebanyak 12 botol minuman keras, empat peralatan audio, tujuh keping bil dan wang tunai berjumlah RM1,170.

“Dalam serbuan terakhir seorang lelaki tempatan yang juga penjaga kaunter pusat hiburan di sini ditahan atas kesalahan yang sama,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*