Kira-kira 47 individu lagi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya di seluruh negara melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM63 juta.
Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kesemua suspek terdiri daripada 33 lelaki dan 11 wanita ditahan menerusi Op Hire yang dijalankan serentak di seluruh sejak semalam.
Kata sumber itu, kesemua tangkapan membabitkan 51 syarikat yang dikenal pasti SPRM melakukan tuntutan dengan nilai keseluruhan RM63 juta.
“Kesemua yang ditahan terdiri daripada pemilik syarikat, pengarah, pengurus dan pemilik saham syarikat.
“Modus operandi syarikat berstatus sendirian berhad itu sepatutnya membuat latihan dan mengaji pekerja dalam bidang industri namun mengambil kesempatan mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana program berkenaan,” katanya.
Tambah sumber, kesemua individu berkenaan akan dibawa ke mahkamah pagi ini bagi mendapatkan proses reman.
- Turut baca : Satu lagi candu buat orang Melayu
Leave a Reply